Menurut beberapa kajian, virus Zika boleh berada dalam badan manusia dari 21 hari sehingga 6 bulan.
Sekiranya orang yang dijangkiti melakukan hubungan seks pada tempoh tersebut, ia mendedahkan risiko menjangkiti pasangan mereka.
Kaum lelaki adalah disarankan menggunakan kondom atau elakkan diri daripada melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya enam bulan dari hari pertama simptom Zika.
Kaum lelaki disarankan menggunakan condom umtuk melakukan hubungan seks |
Ini perkara yang anda perlu tahu:
A) Apa perbezaannya bagi virus Zika yang terkandung dalam badan lelaki dan wanita?
Dr Mahesh: Untuk lelaki, kita fokus kepada air mani atau seminal fluid. Virus Zika boleh berada dalam air mani selama enam bulan. Untuk kaum wanita, virus Zika boleh terkandung dalam cecair faraj atau vaginal fluid sehingga dua bulan.
Ini bermakna jika wanita yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dalam lingkungan dua bulan, risiko pasangan mereka dijangkiti virus Zika adalah tinggi. Manakala jika kaum lelaki yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dengan pasangannya, risiko pasangan mereka mendapat virus Zika adalah tinggi dalam tempoh enam bulan ini.
B) Berapa lamakah virus Zika boleh bertahan dalam badan manusia?
Dr Mahesh: Untuk lelaki, kita fokus kepada air mani atau seminal fluid. Virus Zika boleh berada dalam air mani selama enam bulan. Untuk kaum wanita, virus Zika boleh terkandung dalam cecair faraj atau vaginal fluid sehingga dua bulan.
Ini bermakna jika wanita yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dalam lingkungan dua bulan, risiko pasangan mereka dijangkiti virus Zika adalah tinggi. Manakala jika kaum lelaki yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dengan pasangannya, risiko pasangan mereka mendapat virus Zika adalah tinggi dalam tempoh enam bulan ini.
C) Apakah garis panduan WHO dalam mencegah jangkitan virus Zika menerusi hubungan seks?
Dr Mahesh: Mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekiranya seseorang sudah dijangkiti virus Zika, untuk kaum lelaki adalah disarankan menggunakan kondom atau tidak melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya enam bulan dari hari pertama simptom Zika.
Manakala bagi kaum wanita, sekurang-kurangnya dua bulan atau lapan minggu. Bagi sesiapa yang baharu sahaja balik dari negara yang endemik Zika, mereka dinasihatkan untuk gunakan perlindungan iaitu kondom atau tidak melakukan hubungan seks selama lapan minggu atau dua bulan.
D) Apa langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan virus Zika menerusi hubungan seks?
Dr Mahesh: Virus Zika boleh dijangkiti melalui hubungan seksual dan konteks seksual di sini termasuk hubungan seks biasa, melalui seks luar tabii dan seks oral.
Penggunaan kondom sangat penting dan boleh mengurangkan risiko menjangkiti virus Zika melalui hubungan seks. Jika seseorang tidak melakukan sebarang hubungan seks, ia akan menghapuskan risiko dijangkiti atau menyebarkan virus Zika sama sekali.
(Sumber: Medical Gazette, Dr Mahesh Appannan.)
No comments:
Post a Comment