Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, berkata dia menerima sekurang-kurangnya 20 pesakit, 40 khidmat pesanan ringkas (SMS) dan lebih 120 panggilan telefon setiap bulan daripada lelaki yang menghaqdapi masalah membabitkan mati pucuk dan lemah tenaga batin.
Katanya, lelaki bermasalah itu bukan saja golongan berkahwin tetapi ramai juga dari kalangan orang bujang, termasuk yang membuat persiapan untuk berkahwin dalam masa terdekat.
“Ramai lelaki mengalami mati pucuk dan lemah tenaga batin akibat terlalu lama bergelumang dengan seks bebas dan aktiviti onani atau melancap. Ini menyebabkan mereka tidak mampu memberikan yang terbaik pada malam pertama, biarpun berasakan diri penuh pengalaman.
“Ini kerana ‘seruan malam pertama’ wajib dilakukan dengan baik. Jika gagal melakukan penetrasi, tidak mustahil mereka kecundang dalam cubaan seterusnya,” katanya.
Dr Ismail berkata, di kalangan lelaki yang sudah lama berkahwin pula, ada yang memendam masalah lemah tenaga batin dan mati pucuk yang mereka alami untuk tempoh terlalu lama sehingga merosakkan rumah tangga masing-masing dan inilah punca penceraian yang tinggi.
“Ia perkara serius tetapi biasanya individu yang berdepan masalah terbabit sanggup datang selepas lama ‘menderita’, menyebabkan masa berharga terbuang begitu saja,” katanya.
No comments:
Post a Comment